Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, June 5, 2010

RENTETAN SERANGAN KEATAS KONVOI ARMADA LAUT LL4G

RENTETAN SERANGAN KEATAS KONVOI ARMADA LAUT LL4G
18 MEI 2010
Kami tidak benarkan konvoi laut tiba di Gaza - Israel
18 MEI 2010
GAZA - Ketua Bahagian Hal-Ehwal Eropah di Kementerian Luar Israel, Naor Gilon berkata, 'Israel tidak akan membenarkan konvoi laut(kapal-kapal gabungan NGO antarabangsa) tiba di Gaza dalam bulan ini bagi mematahkan sekatan yang dikenakan'.

Tambah Naor, mana-mana pihak yang mahu menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza hendaklah melalui jalannya, iaitu pejabat penyelarasan di Tebing Barat.


Naor berkata sedemikian ketika mengadakan pertemuan dengan duta-duta Turki, Greek, dan Ireland di pejabat Kementerian Luar Israel di Al-Quds.

Gambar(arkib): Sebuah kapal antarabangsa yang menghantar bantuan ke Gaza pada November 2008. Sumber AFP

Sebagaimana dijadualkan, beberapa buah kapal akan bertolak menuju ke Gaza pada 24 Mei yang turut diserttai Yayasan-yayasan dan Badan Pertubuhan Antarabangsa yang bersimpati dengan penduduk Palestin, antaranya gerakan Free Gaza, Yayasan Bantuan Turki(IHH), Pertubuhan Perdana Antarabangsa dari Malaysia dan Badan NGO Eropah yang berusaha membebaskan Gaza dari sekatan Israel. Sumber 18/05/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:

> Israel to Europe: Stop your citizens from sailing to Gaza with aid
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 4:12:00 AM
Label: Berita



22 MEI 2010
Konvoi laut telah berlepas dari pelabuhan Turki
22 MEI 2010

Terkini : 3 buah kapal dari konvoi laut yang menuju ke Gaza telah berlepas dari pelabuhan Turki pada jam 2.55 petang/waktu Mesir. 6 buah kapal lagi dari Greek, Ireland, Algeria dan Britain.

Menurut sumber lain(safa.ps), 3 kapal dari Turki sedang menuju ke kepulauan Cyprus sementara menanti 6 buah lagi kapal tiba di situ. Dijadualkan, hari rabu akan datang(27/05), konvoi yang membentuk armada laut akan bertolak ke Gaza.

Dinyatakan, armada laut ini adalah gabungan dari pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Sumber menjelaskan 3 buah kapal besar yang membawa muatan kargo barangan dibiayai Kuwait, Algeria, dan Eropah(Sweden dan Greek). Manakala 6 buah lagi kapal untuk pengangkutan para peserta yang mengikuti armada ini, salah sebuah dari kapal itu meletakkan nama '8000', simbolik jumlah penduduk Palestin yang berada dalam tahanan Israel.

Muatan yang dibawa kapal besar melebihi 10 ribu tan berat, terdiri daripada bantuan perubatan, bahan binaan seperti kayu, simen, besi, bantuan pembelajaran malah 100 buah rumah pasang siap(kontena), 500 buah kerusi roda elektrik bagi kegunaan mangsa perang yang hilang daya gerak dan juga bantuan makanan.

Tambahan lagi, jumlah individu yang menyertai armada laut ini 700 dari lebih 60 buah Negara. Turut serta dari jumlah tersebut 44 individu rasmi dari kalangan ahli politik dan ahli parlimen. Armada laut juga mendapat liputan media yang luas kerana diiringi 36 pemberita/wartawan yang mewakili 26 agensi berita dan media massa antabangsa.

Bagi mengikuti setiap perkembangan pelayaran armada ini, sistem penyiaran satelit turut dilengkapi bagi menyiarkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

Intifadhah kemaraan kapal bantuan ke Gaza masa lalu:

Pada tahun lalu, beberapa pelayaran ke Gaza ataupun yang dikatakan intifadhah kemaraan kapal melalui laut banyak diadakan bertujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. Pelayaran tersebut disertai para aktivis keamanan, NGO hak asasi dan antarabangsa, ahli-ahli politik terdiri dari ahli parlimen dan pemberita serta wartawan. Rata-ratanya adalah gabungan dari merata Negara.

Bagaimanapun, Israel menghalang dengan keras kemasukan kapal-kapal berkenaan ke Semenanjung Gaza yang terkepung.

Mohammad Sawalihah, Naib Presiden Pertubuhan Membebaskan Sekatan dari Eropah menyatakan, sebelum ini, 6 pelayaran berjaya menembusi halangan Israel ke Gaza, manakala 3 pelayaran yang lain tidak berjaya ke Gaza.

Berikutan itu, angkatan tentera laut Israel menghalang beberapa buah kapal yang membawa bantuan ke Gaza. Antaranya, kapal "Ruh Al-Insaniah" yang telah dilanggar. Kesemua anak kapal yang terdiri aktivis dan pemberita telah ditahan melebihi 6 hari.

Selain itu, Israel masih menahan 2 buah kapal dari rombongan "Al-Karamah". Pihak berkenaan menghubungi pihak antarabangsa; politik dan perundangan bagi mengembalikan dua buah kapal yang berada dalam tahanan Israel.

Israel masih ancam

Dari pihak Israel pula telah memberikan ancaman kepada konvoi laut agar dapat menghalang dari sampai ke Gaza. Sebagaimana yang dinyatakan, Israel mengancam dari dua sudut:

1) Diplomasi
2) Ancaman 'mengebom'

Sumber 22/05/2010, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah, web beritasafa.ps [kemaskini jam 9.00 malam/Mesir]
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 3:18:00 PM
Label: Berita



25 MEI 2010
Turki membantah sebarang tekanan bagi menghalang laluan armada laut
25 MEI 2010

Akhbar Israel, "Yediot Ahronot" dalam edisinya hari ini(selasa), menyatakan Pihak Berkuasa Israel gagal membuatkan Turki mengikut kehendak Israel bagi menghalang pelayaran armada laut ke Gaza bagi memecahkan sekatan.

Gambar dari pls48: Sebuah kapal dari armada laut yang baru berlepas pada 22/05/2010.

Sumber dari akhbar tersebut melaporkan, Turki turut membantah cadangan Israel bagi melabuhkan kapal-kapal armada yang membawa muatan bantuan kemanusiaan ke pelabuhan Israel, Ushdud. Dengan itu, barang-barang bantuan itu akan dibawa masuk ke Gaza melalui Pertubuhan bantuan antarabangsa dan UN di bawah pengawasan dari Israel.

Yediot Ahronot menukilkan kenyataan dari komander tentera laut Israel, Jeneral Eliezere Morum yang menerima secara peribadi bagi mengetuai operasi menghalang armada laut mendekati pantai Gaza pada hari khamis. Sementara itu, tentera laut Israel dalam jumlah yang besar juga telah direkrut bagi operasi tersebut.

Akhbar tersebut turut menyebut timbul ketakutan kepada tentera Israel terhadap para aktivis yang menyertai armada laut cuba bertempur dengan tentera Israel.

Berhubung pendirian rasmi Israel yang tidak membenarkan armada laut tiba di Gaza, Menteri Kebajikan dan sosial, Yitzhak Herzog mempastikan lagi bahawa pendirian kerajaannya yang membantah ketibaan armada laut di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, menteri tersebut menyatakan syarat bagi membenarkan laluan armada ke Gaza adalah dengan janji agar Gilad Shalit dibebaskan.

Sumber menukilkan dari radio Israel pada hari ahad lalu, Yitzhak Herzog berkata, "konvoi laut itu tidak boleh dibenarkan tiba di Gaza melainkan pertubuhan yang berkenaan berjanji bagi mengeluarkan Shalit dari Gaza".

Menteri Israel itu turut memberi pandangan bahawa konvoi laut antarabangsa yang dalam pelayaran menuju ke Gaza yang disekat, seumpama "tindakan menghasut semata-mata untuk mengelirukan pandangan umum terhadap Israel", dakwa Yitzhak lagi, "tidak ada krisis kemanusiaan berlaku di Gaza malah bekalan makanan pun tidak ada yang berkurang". Sumber 25/04/2010, web berita Palestine48 dan 24/05/2010, web berita shehab.ps

Pautan lain:

> The 32nd Government(Israel)
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 10:01:00 PM
Label: Berita


26 MEI 2010
Tentera Israel beri amaran kepada armada laut LL4G
26 MEI 2010
AL-QUDS, - Tentera Israel memberi lagi amaran hari ini kepada armada laut Lifeline4Gaza(LL4G) yang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza.

Sumber yang dipetik dari akhbar "Yediot Ahronot" Israel bahawa kenyataan rasmi dari pihak tentera telah mengeluarkan satu amaran kepada kapal-kapal yang menyertai armada laut itu supaya berpatah-balik.

Tentera Israel turut mengugut para aktivis jika mereka masih meneruskan pelayaran tersebut, maka angkatan tentera laut Israel tidak teragak-agak untuk menahan dan mengembalikan mereka ke Negara masing-masing, itupun setelah selesai langkah-langkah pemeriksaan dari sudut undang-undang dari Kementerian Dalam Negeri Israel.

Disebutkan juga mengenai bantuan-bantuan yang dibawa dalam kapal-kapal armada laut tetap akan disampaikan ke Gaza setelah langkah pemeriksaan dan penelitian dijalankan oleh Israel.

Sebagaimana dijadualkan, armada laut pemecah sekatan akan tiba di Gaza menjelang minggu akan datang, namun para aktivis dan pihak-pihak yang mengikuti pelayaran tetap meneruskan pelayaran meskipun menerima ancaman yang tidak putus-putus dari Israel. Sumber 26/05/2010, web berita safa.ps
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 10:33:00 PM
Label: Berita






28 MEI 2010
Kapal-kapal menuju ke Cyprus - Khudri
28 MEI 2010

Sumber peta, google map. Berikutnya, garisan merah adalah petunjuk perjalanan konvoi armada laut yang telah berlepas dari pelabuhan Antalya, Turki menuju ke perairan laut Gaza. Manakala, kepulauan Cyprus sebagaimana yang dinyatakan hanyalah destinasi pertemuan kesemua kapal-kapal sebelum berlayar ke Gaza.

Ahli parlimen, Jamal Khudri, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi menghadapi sekatan berkata, kapal-kapal armada laut pemecah sekatan dalam perjalanan ke destinasi pertemuan di perairan laut antarabangsa Cyprus sebelum memulakan pelayaran menuju Gaza. Dinyatakan, awal pagi ini feri penumpang yang membawa aktivis-aktivis, ahli politik dan media-media telah berlepas dari pelabuhan Antalya, Turki.

Beliau turut menegaskan bahawa konvoi kapal tidak menetapkan untuk berlabuh di pelabuhan Cyprus, tetapi hanya berkumpul di perairan laut antarabangsa Cyprus untuk belayar menuju ke Gaza.

Sebagaimana media Israel menyebarkan pada petang Khamis mengenai Cyprus membantah dari menyambut ketibaan kapal-kapal yang terlibat dalam misi armada laut di perairan laut dan pelabuhan Cyprus.

Namun, dalam laporan pada jam 2.32 pagi Palestin/Mesir(Jumaat), yang menukilkan dari Pertubuhan Pembebasan Sekatan Gaza dari Eropah menafikan laporan yang dinyatakan media Israel berhubung bantahan dari Pihak Berkuasa Cyprus ke atas kapal-kapal.

Rami Abduh, anggota pertubuhan tersebut yang berada di Cyprus berkata kepada agensi berita, "ini adalah propaganda dari media-media Israel yang berterusan dilakukan oleh pihak penjajah bagi menghalang usaha kemanusiaan dari kalangan aktivis-aktivis".

Jelas beliau lagi, "kami tidak memohon kepada Pihak Berkuasa Cyprus untuk berlabuh di perairan Cyprus kerana kapal-kapal akan terus berlayar ke Gaza, dan berita mengenai perhentian kami di perairan laut Cyprus hanyalah untuk destinasi pertemuan kesemua kapal-kapal".

Sementara itu, berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa tentera Israel mendirikan tiga buah khemah di pelabuhan Ushdud(Ashdod, Israel) bersiap-sedia untuk memberkas para aktivis yang menuju ke Gaza. Sumber 28/05/2010, web berita safa.ps dan 27/05/2010, berita Al-Jazeerah
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 5:36:00 AM
Label: Berita



Gaza menanti talian hayat (Jumaat)
28 MEI 2010
09.11 malam, Mesir/Palestin : Tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di Athens, Greek bagi mendesak supaya tidak menghalang pelayaran konvoi armada Lifeline4Gaza tiba di Gaza. Sumber safa.ps

09.16 malam, Mesir/Palestin : Kapal Mavi Marmara(Turki) yang membawa para aktivis kini berada di perairan antarabangsa.

Menurut sumber wartawan Al-Jazeerah, dalam masa beberapa jam ini, mereka sedang menanti ketibaan kapal Eropah yang membawa ahli-ahli parlimen dan politik.

10.16 malam, Mesir/Palestin : Sebuah kapal perang Israel telah berlepas ke laut lepas, laut mediterranean untuk menghadapi armada laut.


Sementara itu, Israel telah membina tiga buah khemah di pelabuhan Ushdud bagi persediaan untuk memindahkan para aktivis yang ditangkap. Sumber web berita safa.ps dan 27/05/2010, berita Al-Jazeerah

Gambar: Antara khemah yang dibina Pihak Berkuasa Penjajah(Israel) di pelabuhan Ushdud, Israel bertujuan untuk pemeriksaan ke atas para aktivis setelah mereka ditangkap.

11.18 malam, Mesir/Palestin : Perdana Menteri Kerajaan Palestin Gaza, Ismail Haniah akan merasmikan pelabuhan Gaza pada esok hari(Sabtu) yang telah dilebarluaskan sempena menyambut ketibaan armada laut ke Gaza. Sumber web berita safa.ps

Maklumat lain:

> Livestream Insaniyardim
> Twitter lifeline4Gaza
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 11:30:00 PM
Label: Berita





29 MEI 2010
Armada menimbulkan bahaya kepada keamanan kami - Penjajah
29 MEI 2010

AN-NASIRAH, - Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon(gambar) berkata hari ini, bahawa 'armada pembebasan' yang menggabungkan kapal-kapal yang melaungkan pemecah sekatan ke atas Gaza adalah 'memprovokasi keadaan malah melanggar undang-undang secara bahaya'.

Memetik dari siaran televisyen Israel, rangkaian dua dari Ayalon, katanya "kami tidak akan memberikan ruang kepada armada ini untuk mendekati perairan Gaza. Sekiranya, perkara itu berlaku, maka ia telah menimbulkan ancaman kepada keamanan Israel sambil itu tentera Israel telah bersiap sedia bagi menghadang konvoi pemecah sekatan".

Timbalan Menteri Luar Israel itu mendakwa tidak ada langsung krisis kemanusiaan yang menimpa Gaza.

"Berita-berita yang menyiarkan tentang sedemikian hanyalah dari pihak Pertubuhan-pertubuhan Islam dan yang cenderung ke arah HAMAS sahaja", ujar Danny Ayalon.

Sebagaimana dinyatakan, Kerajaan penjajah telah memutuskan untuk menghalang kapal-kapal pemecah sekatan yang membawa lebih 600 aktivis, malah sebilangan besar dari ahli-ahli parlimen Eropah, Turki dan Algeria.

Memetik web berita Al-Jazeerah, Israel telah mengumumkan perairan laut Gaza adalah zon tentera dan pihaknya berazam memindahkan para aktivis ke pelabuhan Ushdud sebagai permulaan untuk mengusir mereka ke Negara asal. Malah, Israel mengungkapkan para aktivis adalah seperti pendatang haram serta mereka yang membantah akan ditangkap, bahkan mesti menurunkan tandangan sebagai janji tidak kembali lagi ke sini. (29/05/2010, Al-Jazeerah)

Tentera Israel telah bersedia untuk menghalang kapal-kapal armada sebelum memasuki laut Gaza. Dengan itu, tentera Israel telah mendirikan tiga buah khemah bagi memberkas para aktivis sebelum berpindah ke operasi dilepas pulang aktivisi-aktivis ke Negara masing-masing. Sumber 29/05/2010[13.57 Palestin], web berita safa.psdan web berita Al-Jazeerah

Berita lain:

> Gaza menanti telehayat (Jumaat)

Pautan lain:

> The 32nd Government(Israel)
> Kementerian Luar Israel
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 3:10:00 PM
Label: Berita


Gaza menanti talian hayat (Sabtu)
29 MEI 2010

01.13 petang, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Eropah bagi membebaskan sekatan Gaza, bahawa sebahagian kapal-kapal 'armada pembebasan' menghadapi gangguan komunikasi dari pihak Israel.

Gambar: Seorang bayi yang turut mengikuti pelayaran armada pembebasan.

Sementara itu, salah seorang anggota pertubuhan tersebut, Amin Abu Rashid yang menaiki kapal '8000' berkata, Pihak Berkuasa Cyprus tidak membenarkan sejumlah besar dari ahli parlimen Eropah mengikuti armada pembebasan ke Gaza. Sumber safa.ps

Terkini(5.00 petang, Mesir/Palestin). Menurut wartawan Al-Jazeerah, semua kapal telah bertemu di tempat pertemuan. (Laporan secara langsung dari kapal)

Sekarang, pelayaran armada pembebasan menuju ke perairan laut Gaza hanya menanti keputusan(perbincangan) dari Pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam konvoi itu mengenai masa dan waktu untuk berlepas menuju ke Gaza.

08.33 malam, Mesir/Palestin : Ahli-ahli parlimen Eropah dan aktivis dari Eropah berjaya keluar dari kepulauan Cyprus bagi mengikuti armada pembebasan yang bakal berlayar ke Gaza setelah kapal '8000' dihalang oleh Pihak Berkuasa Cyprus tiba di pelabuhan untuk mengambil mereka.

Gambar : Salah sebuah dari bot yang mengikuti pelayaran armada pembebasan.

Namun, sebuah bot khas telah digunakan untuk membawa ahli-ahli parlimen dan aktivis Eropah tiba di tempat pertemuan armada pembebasan di perairan laut antarabangsa Cyprus.

Mereka tiba di kapal armada pembebasan pada waktu asar petang tadi. Sumber safa.ps.

09.36 malam, Mesir/Palestin : Armada pembebasan akan mula berlayar ke perairan Gaza pada pagi esok, Ahad. Sebagaimana dinyatakan, armada akan tiba di perairan Gaza pada pagi Isnin. Sumber wartawan Al-Jazeerah dan berita Al-Jazeerah.


Rujuk lagi : Twitter lifeline 4 Gaza
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 11:26:00 PM
Label: Berita



30 MEI 2010
Gambar: Gaza bersedia
30 MEI 2010

Sumber peta, google map. Bulatan merah adalah kedudukan Pelabuhan Nelayan Gaza. Ketika, Israel mula melancarkan perang ke atas Gaza pada 27 Disember 2008, pelabuhan tersebut turut dibom oleh kapal selam Israel malah bot-bot perang Israel melepaskan tembakan secara rambang di persisiran pantai Gaza.


Perdana Menteri Palestin, Gaza, Ismail Haniah(kanan) hadir ketika upacara raptai dan persediaan bagi menyambut ketibaan armada pembebasan. Di kiri yang memegang tali adalah Fathi Hamad, Menteri Dalam Negeri Palestin Gaza.


Beberapa kakitangan Kerajaan Palestin ketika meninjau perairan pantai Gaza


Aspek keselamatan, anggota-anggota polis dan pengawal Perdana Menteri mengekori tinjauan Perdana Menteri di laut.


Upacara raptai pertunjukan laut, sekadar yang ada dan termampu


Beberapa buah bot yang dinaiki anggota polis dan marin Palestin


Marin Palestin meneropong keadaan sekeliling


Mungkin ada arahan


Menanti ketibaannya. 100 buah bot kecil Palestin menanti ketibaan armada pembebasan.

Sumber 29/05/2010, web berita Palestine48
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 3:00:00 AM
Label: gambar




Israel merasai kesulitan dalam menghadapi angkatan kapal laut
30 MEI 2010
Sumber dari media Israel mendedahkan bahawa tentera Israel meminta bantuan kepada Ketua-ketua Polis Israel supaya kerahkan unit khas pencegah keganasan dalam operasi yang dikenali, 'angin syurga'(terjemahan dari google) dalam
pelaksanaan kempen menentang kapal-kapal pemecah sekatan ke Gaza, namun permintaan itu ditolak.

Akhbar'Yediot Ahronot' Israel yang menukilkan berita tersebut menjelaskan,'pihak polis tidak menerima permohonan itu malah memilih untuk kekal berada dalam Israel sebagai unit simpanan. Berikutan itu, untuk berhadapan dengan kapal-kapal yang bakal tiba di Gaza adalah kerja yang sangat kompleks, di samping perlu tenaga kerja dan juga memerlukan jurulatih yang profesional'.


Disebutkan lagi, misi ini akan dikendalikan oleh unit khas tentera Israel "komando 13" yang akan mengerahkan beberapa anggotanya dari skuad simpanan.

Sumber tersebut menyatakan, pegawai tentera Israel merasa terkejut dengan respon balas polis Israel berhubung permintaannya kerana misi tersebut hanya diletakkan atas bahu unit "komando 13".

Sementara itu, komander angkatan tentera laut Israel, Kolonel Eli Marum, berkata 'pihak tentera telah bersedia dengan sempurna menjalankan misinya,'Katanya lagi, 'Polis-polis Israel mesti diuji dengan perkara yang melibatkan undang-undang sebagaimana unit khas itu boleh menjalankan misi di luar perairan laut Israel. Sumber 30/05/2010, web berita palestine48
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 9:26:00 PM
Label: Berita




Gaza menanti talian hayat (Ahad)
30 MEI 2010
11.40 malam, Mesir/Palestin : Tentera laut Israel mengganggu sistem komunikasi sebuah kapal serta menghubungi kapal itu supaya berpatah balik. Sumber web berita safa.ps
________________________________


11.28 malam, Mesir/Palestin : Kapal-kapal armada pembebasan telah sampai di jarak 120 batu nautika dari perairan laut Gaza. web berita safa.ps

1 batu nautika : 1.9 kilometer
_________________________

11.00 malam, Mesir/Palestin : Sebuah kapal armada mendapat panggilan dari bot perang Israel yang bertanyakan tentang identiti dan arah tuju.

Sejam yang lalu, seorang wartawan memaklumkan bahawa Israel telah menyiapkan empat buah kapal perang di perairan Gaza menanti ketibaan armada.

Sumber dari berita Al-Jazeerah pula menyatakan, di pelabuhan Ushdud, bot-bot perang Israel sedang menjalankan rondaan.
________________________________

09.12 malam, Mesir/Palestin : Wartawan Al-Jazeerah dari kapal melaporkan, armada pembebasan sedang berlayar menuju ke perairan laut Gaza.

Sebelum itu, wakil dari pertubuhan menyatakan armada pembebasan itu dijangka tiba di perairan laut Gaza pada waktu tengahari esok.

Beliau menukilkan dari media-media Israel bahawa pihak Israel berusaha untuk menyerang armada. Namun, beliau menyatakan, pihak aktivis-aktivis akan mempertahankan diri dan kapal-kapal tanpa menggunakan senjata, seperti pisau.

Beliau turut merasa optimis, bahawa Israel berada dalam keseorangan diri menentang armada pembebasan ini, sedangkan armada pembebasan ini disokong banyak buah Negara.

Wartawan Al-Jazeerah dalam liputannya, berkata 'kami tidak akan membiarkan Israel merampas kapal, kami akan pertahan agar tentera-tentera Israel tidak dapat naik ke kapal dengan cara yang aman'. Sumber, berita langsung dari armada pembebasan
________________________________

09.11 malam, Mesir/Palestin : 2000 penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Vienna bantah ugutan Israel ke atas armada pembebasan.
________________________________

06.38 petang, Mesir/Palestin : Armada menerima panggilan yang memberi amaran sekiranya memasuki perairan laut Gaza. Gangguan komunikasi sesama kapal-kapal armada.


Amin Abu Rashid, dari kapal '8000'(gambar), berkata 'Pihak Berkuasa Penjajah meningkatkan usahanya bagi mengganggu komunikasi(wireless) yang digunakan sesama kapal-kapal dan untuk menghubungi dunia luar'.

Bagaimanapun, teknikal armada berusaha memintas usaha penjajah menceroboh wireless armada.Sumber web berita safa.ps
__________________________

Sebagaimana yang dinyatakan [03.25 petang, Mesir/Palestin], dari wartawan Al-Jazeerah, armada dijangka akan berlepas bila-bila masa sahaja menuju ke perairan Gaza dan harapan dapat tiba di Gaza pagi esok, Isnin.

Dinyatakan sebarang kemungkinan boleh berlaku(kullal khiarat maftuhah) apabila bertemu dengan tentera laut Israel.

Para aktivis telah berbincang hari ini bagi mencari persepakatan jika berlaku sebarang penentangan dari Israel, malah keteguhan untuk tidak menyerahkan kapal-kapal kerana armada pembebasan membawa barang-barang dan bekalan bantuan kepada Gaza.

Kesemua kapal yang bakal berlepas ke Gaza dari perairan antarabangsa itu sebanyak enam buah, tiga buah kapal kargo/barang dan tiga buah kapal penumpang(feri dan bot). Jumlah anak-anak kapal seramai 650 aktivis termasuk ahli-ahli parlimen dari berbagai-bagai Negara.

Sebarang perubahan masa dan waktu yang dijangka berlepas tertakluk kepada penyelarasan IHH. Sumber, berita langsung dari armada pembebasan
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 11:50:00 PM
Label: Berita


31 MEI 2010
Gaza menanti talian hayat (Isnin)
31 MEI 2010

Sumber youtube


ALLAHUAKBAR !!!!

Lanun zionis telah menyerang dan merampas kapal-kapal armada pembebasan.

Gambar: Antara aktivis yang menjadi mangsa serangan penjajah.

11.00 malam, Mesir/Palestin : Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa kapal Ireland yang terlewat mengikuti armada pembebasan sedang berlayar menuju ke Gaza.
Sumber web berita safa.ps danberita Al-Jazeerah

08.19 malam, Mesir/Palestin : Menurut ahli parlimen Knesset, Jamal Zahaliqah, bahawa Syeikh Raed Salah selamat sekaligus menempelak berita-berita Israel yang melaporkan beliau cedera parah. Sumber web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Pada petang tadi, wartawan berita Al-Jazeerah yang membuat liputan mengenai kapal-kapal armada pembebasan berdekatan dengan pelabuhan Ushdud telah dipukul sekumpulan pelampau Israel yang pada mulanya mengganggu krew Al-Jazeerah dengan caci-maki. Malah, ketika wartawan Al-Jazeerah menyampaikan maklumat liputan, kelihatan pelampau-pelampau Israel mengibarkan bendera zionis di belakang wartawan Waleed Al-Umari(wartawan).

Lagi berita : Perdana Menteri Republik Turki, Receip Tayyib Erdogan telah menangguhkan kunjungan rasminya ke Amerika Latin dan pulang ke Turki disebabkan serangan Israel ke atas armada pembebasan.

Turki turut mengeluarkan ketetapan dengan membatalkan latihan perang antara Turki dengan Israel.

Sebelum ini juga, Turki membatalkan latihan perang kerana Israel serang Gaza pada tahun 2008-2009.

06.00 petang, Mesir/Palestin : Menurut sumber, 16 orang dari aktivis armada pembebasan akan dibawa ke penjara Beer Sheeba, Selatan Israel. Dan baki, akan dilepaskan pulang(setakat ini).

Sehingga kini, Turki, Jordan, Mesir, Greek, Sweden, Denmark dan Norway telah memanggil duta Israel berhubung serangan Israel ke atas armada pembebasan.

Sementara itu, siaran televisyen Israel menyiarkan jumlah korban Israel seramai 19, manakala luka parah dan cedera dalam lingkungan 26 orang.

Menurut sumber, dalam serangan pagi tadi, tentera penjajah memberi tumpuan ke kapal Mavi Marmara.

Israel merempuh armada pembebasan dengan kapal-kapal perang yang dilengkapi peluru berpandu, di samping bot-bot perang(ada bot laju) dan helikopter yang menurunkan penjajah-penjajah ke atas kapal Mavi Marmara.

Sumber dari AF, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel(penjajah) memberikan sokongan sepenuhnya kepada tentera Israel dalam serangan itu.

05.35 petang, Mesir/Palestin(terkini) : Empat buah kapal armada pembebasan sedang memasuki pelabuhan Ushdud, Israel. Antaranya kapal Mavi Marmara yang membawa sebahagian besar aktivis-aktivis yang diserang Israel pada jam 4.00 pagi tadi.

Menurut sumber, dua buah lagi kapal armada pembebasan telah tiba di pelabuhan Ushdud yang tiba ke situ kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Empat buah kapal armada pembebasan yang tiba itu diiringi empat buah kapal perang, bot perang dan bot-bot laju penjajah.

04.37 petang, Mesir/Palestin : Majlis Keselamatan Antarabangsa mengadakan perjumpaan hari ini bagi membincangkan serangan Israel ke atas armada pembebasan.(Reuters)

Terkini : Kesatuan Eropah(EU) meminta supaya diadakan siasatan berhubung serangan Israel ke atas armada pembebasan.

Sementara itu, NGO-NGO Britain mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kerajaan Britain sebagai bantahan berikutan Britain yang mendiamkan diri setelah Israel kapal armada pembebasan.

10.25 pagi, Mesir/Palestin : Tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kesatuan Sekerja di Jordan sebagai bantahan serangan Israel ke atas kapal-kapal pembebasan.

Tunjuk perasaan itu berarak ke Wisma Kerajaan Jordan bagi membantah serangan Israel.

10.20 pagi, Mesir/Palestin : Ismail Haniah menghubungi Amir Qatar dan membincangkan berkenaan serangan Israel ke atas armada pembebasan.

10.15 pagi, Mesir/Palestin : Menurut jurucakap tentera penjajah, Afekhai Adraie bahawa kapal-kapal armada pembebasan akan diperiksa di pelabuhan Ushdud, Israel.

09.45 pagi, Mesir/Palestin : Penduduk Turki yang cuba merempuh bangunan konsul Israel di Istanbul kini mengepung semula bangunan konsul Israel.

08.40 pagi, Mesir/Palestin : Lanun(angkatan tentera laut Israel) telah menguasai armada pembebasan dan kapal-kapal armada ditunda(dibawa) ke pelabuhan Ushdud, Israel. Maaf jika kami menggunakan istilah 'lanun'. Berita yang sebenar tidak menyatakan lanun tetapi kami sendiri melabelkan Israel, 'lanun'.

Jumlah yang korban dalam serangan Israel ke atas armada pembebasan seramai 16, manakala cedera dan luka parah dalam lingkungan 32 orang. Dinyatakan lagi, dari jumlah yang terkorban, 9 adalah Turki dan baki dari Negara Arab.

Kapal-kapal yang dikuasai lanun akan tiba di pelabuhan Ushdud, Israel dalam masa dua jam lagi.

08.40 pagi, Mesir/Palestin : Suasana marah di Semenanjung Gaza berikutan serangan kejam Israel ke atas armada pembebasan.

Menurut Timbalan Ketua Gerakan Islam 1948 Palestin, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraan di utara Tebing Barat berikutan berita mengenai Syeikh Raed Salah yang luka parah dalam serangan Israel mengikut laporan pada >> (08.30 pagi, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai konvoi tersebut mengalami luka parah akibat serangan tentera penjajah).

Terkini: Ismail Haniah meminta Setiausaha Agung PBB agar campur tangan dengan memberikan perlindungan antarabangsa kepada para aktivis armada pembebasan.

HAMAS menyerus kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia.

08.10 pagi, Mesir/Palestin : Setakat ini 16 mangsa korban akibat serangan Israel yang masih berterusan. (Ada laporan yang mengatakan jumlah korban meningkat ke angka 20)

Dinyatakan, beratus-ratus tentera Israel(tidak pasti berapa) terlibat dalam operasi menyerang kapal armada pembebasan. Dua tentera penjajah mengalami kecederaan ketika melancarkan operasi itu. Bagaimanapun, wartawan menjelaskan, para aktivis terpaksa mempertahankan diri dan kapal dari dirampas.

Sehingga kini, tentera Israel masih meneruskan operasinya. Dan tidak diketahui sampai bila, operasi serangan ini akan dihentikan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Kabinet menteri Kerajaan Palestin Gaza mengadakan perjumpaan tergempar berhubung serangan itu.

Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Pengawalan Israel melarang media-median Israel menyiarkan mangsa serangan di atas kapal armada pembebasan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Beratus-ratus penduduk Turki merempuh pagar konsul Israel di Istanbul. Mereka mendesak supaya duta Israel dihalau dari Turki. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan berikutan tindakan rempuhan itu.

Mereka(penduduk Turki) yang bertekad merempuh pagar konsul Israel tidak akan meninggalkan kawasan itu selagimana aktivis-aktivis tidak pulang dengan selamat.

07.25 pagi, Mesir/Palestin : Duta Israel ke Turki telah dipanggil Kerajaan Turki berikutan serangan itu.

07.15 pagi, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Israel mengawal perairan pantai Gaza. Kedengaran bunyi tembakan dari bot laju penjajah.

Sebagaimana dinyatakan, Menteri Perang Israel, Ehud Barak yang mengeluarkan keputusan untuk menyerang armada pembebasan ketika perjumpaan dengan pegawai-pegawai tentera.

Sehingga kini, Israel masih membisu dengan apa yang dilakukannya terhadap armada pembebasan.

Gambar: Kapal lanun zionis

Menurut siaran televisyen Israel, jumlah yang terkorban dalam serangan Israel itu seramai 10 orang dikalangan aktivis.

Dijelaskan lagi, penjajah mula merempuh kapal pada jam 4.00 pagi(Mesir/Palestin). Sumber, berita Al-Jazeerah

06.45 pagi, Mesir/Palestin : Pemerintah Turki mengadakan perjumpaan bagi membincangkan tentang serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.

Menurut web berita safa.ps, Dua terkorban akibat serangan Israel ke atas kapal armada, manakala 30 lagi mengalami luka dan cedera.

Terkini: Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza mengecam keras serangan penjajah ke atas kapal-kapapl armada pembebasan. Beliau mendesak supaya keselamatan para aktivis dijamin.

06.11 pagi, Mesir/Palestin : Menurut berita ada kematian di pihak aktivis dan berpuluh yang cedera akibat serangan penjajah.

05.23 pagi, Mesir/Palestin : Aktivis memohon bantuan melalui telefon satelit, terdapat tiga yang cedera dan memerlukan rawatan segera. (Sumber dari Gaza memaklumkan bahawa kapal Mavi Marmara diserang pada jam sekitar 4.00 pagi).

05.21 pagi, Mesir/Palestin : Penjajah pisahkan kapal-kapal serta melepaskan bom gas.

Gambar sebelah: Kelihatan 2 komander Israel yang merempuh naik ke kapal.

05.10 pagi, Mesir/Palestin : Siaran televisyen Turki menunjukkan gambar rempuhan tentera penjajah ke atas kapal-kapal armada pembebasan.

05.05 pagi, Mesir/Palestin : Hubungan telekomunikasi terputus dengan armada pembebasan.

02.21 pagi, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, sebahagian besar dari alat komunikasi armada pembebasan telah
terputus hubungan.
Sumber web berita safa.ps
Gambar: Bot laju tentera penjajah

02.05 pagi, Mesir/Palestin : Wartawan Al-Jazeerah melaporkan, sejam yang lalu bahawa muncul bot laju tentera Israel berada dalam jarak agak jauh dari armada. Kapal Turki memperlahankan kelajuan agar kapal-kapal barang/kargo dapat mengikut dari belakang. Armada pembebasan mendekatkan jarak antara kapal-kapal agar Israel tidak boleh merempuh.

Sehingga kini, kapal-kapal Israel masih mengekori armada pembebasan dari jarak yang jauh sehingga menemui garisan perairan Gaza dari jarak 60 kilometer sebagaimana yang dimaklum.

Gambar: Helikopter Israel ketika mengepung Mavi Marmara.

Para aktivis telah bersedia bagi mempertahankan kapal-kapal, malah tidak akan membiarkan Israel dengan mudah menguasai kapal.

Masing-masing dari enam buah kapal telah bersepakat tidak akan menggunakan kekerasan, khususnya kapal Turki yang membawa ramai aktivis berlainan Negara.

Sekiranya, tidak berlaku apa-apa rintangan, armada pembebasan akan tiba di perairan laut Gaza pada jam 10.00 atau jam 11.00 pagi esok. Berita langsung dari armada pembebasan
________________________________

01.33 pagi, Mesir/Palestin : Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah menghubungi Kementerian Luar Greek agar melindungi kapal Greek. safa.ps

01.18 pagi, Mesir/Palestin : Menurut TV Turki, helikopter Israel berlegar-legar dari ruang udara tempat pelayaran armada pembebasan. Manakala, kapal-kapal Israel melingkungi kapal-kapal armada pembebasan.
Sumber web berita safa.ps
________________________________

12.50 pagi, Mesir/Palestin : Tiga buah kapal terputus hubungan.
Sumber web berita safa.ps
________________________________

12.45 pagi, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, kapal-kapal Israel sedang belayar tidak jauh dari armada pembebasan.
Sumber web berita safa.ps
________________________________

12.43 pagi, Mesir/Palestin : Tunjuk perasaan di Istanbul membantah tentangan kapal Israel ke atas armada pembebasan di laut.
Sumber web berita safa.ps
________________________________

12.03 tengah malam, Mesir/Palestin : Sumber Israel menyiarkan berita yang bercanggah mengenai angkatan tentera laut Israel yang mengepung armada pembebasan. Sumber web berita safa.ps

Peta: Petak berwarna biru muda adalah lingkungan pelayaran armada pembebasan menuju ke perairan Gaza dari perairan antarabangsa Cyprus. Titik merah adalah kedudukan pelabuhan Ushdud, Israel. Manakala, titik hijau adalah kedudukan pelabuhan nelayan Gaza, Semenanjung Gaza yang merupakan destinasi pelayaran armada pembebasan.
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 11:45:00 PM
Label: Berita

1 JUN 2010
Talian hayat dan hari pembebasan
01 JUN 2010

11.45 malam, Mesir/Palestin : Menurut wartawan Al-Jazeerah yang berada di jambatan Raja Hussein yang menghubungkan antara Tebing Barat(Palestin) dengan Jordan, bahawa dijangkakan 120 aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan penjajah akan tiba di situ tetapi tergendala di pihak penjajah. Berikutan dinyatakan, akan tiba beberapa jam di jambatan Raja Hussein.

Menurut wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah bahawa pihaknya tidak dapat menghubungi aktivis/sukarelawan itu secara langsung dan nama-nama yang dilepaskan tidak diketahui memandangkan makluman ini hanya disampaikan kepada kedutaan Jordan di Tel-Aviv.

Setakat ini, dari jumlah 120 aktivis yang dilepaskan ada tujuh yang mengalami kecederaan. Sumber berita Al-Jazeerah

22.16 malam, Mesir/Palestin : 120 aktivis/sukarelawan akan dikembalikan ke Negara masing-masing pada malam ini melalui jalan darat, Jordan.

Radio Israel menghebahkan, 120 aktivis itu dari Kuwait, Bahrain, Yaman, Algeria, Indonesia, Oman, Maghribi, Mauritania dan Azerbaijan.

Menurut radio penjajah, polis tentera Israel akan menyerahkan aktivis-aktivis ini kepada Pihak Berkuasa Jordan sehingga dikembalikan ke Negara masing-masing.Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

05.41 petang, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Isral mengebom pantai Gaza di utara Gaza. Sumber web berita safa.ps

05.33 petang, Mesir/Palestin : Khaled Masha'al, Ketua Biro Politik HAMAS dalam kenyataannya berkata, beliau mendesak Negara-negara Arab dan Negara-negara Islam memutuskan apa jua hubungan dengan Israel.

Beliau turut berharap, Presiden Amerika, Barrack Obama dan Dmitry Medvedev, Presiden Rusia serta Negara-negara Arab khususnya Mesir agar bebaskan Semenanjung Gaza dari sekatan. Sumber web berita safa.ps

04.52 petang, Mesir/Palestin : 11 buah jentera perang Israel menceroboh kawasan Farahain berskala terhad. Di samping itu, jentera perang Isral melepaskan tembakan secara putus-putus. Sumber web berita safa.ps

04.05 petang, Mesir/Palestin : Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza berharap kepada Mesir agar membuka sempadan Rafah secara berpanjangan dan bebaskan apa jua bentuk sekatan ke atas Gaza. Sumber web berita safa.ps

Berita dari Malaysia - PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang 12 rakyat Malaysia itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina. Sumber berita harian, pautan lain thestar

04.20 petang, Mesir/Palestin : Dr.Muawiyah Husnain, Pengerusi Bantuan Cemas Gaza berkata, tiga penduduk Palestin syahid dalam pengeboman Israel di utara Semenanjung Gaza.

Menurut saksi, pengeboman tersebut mensasarkan sekumpulan penduduk Palestin di kawasan Syaima', Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Dijelaskan, bahawa mangsa yang syahid itu adalah pejuang Palestin yang dikatakan cuba melancarkan serangan roket ke Israel.

Sebagaimana dinyatakan, pengeboman tersebut setelah pengumuman dalam radio Israel mengenai dua serangan roket yang gugur berhampiran bandar Askalan(Ashkelon) yang terletak beberapa kilometer dari utara Semenanjung Gaza. Sumber web beritasafa.ps

03.13 petang, Mesir/Palestin : Hanin Zo'bi ketika diwawancara wartawan Al-Jazeerah di An-Nasirah setelah dibebaskan penjajah.

Menukil antara kata-kata beliau, 'Israel kata, siapa yang menandatangani dokumen perjanjian untuk beredar, maka akan dilepaskan dalam masa 24 jam melalui darat atau udara. Jika siapa tidak mahu menandatangani, maka akan dipindahkan ke pusat tahanan di Beer Sheeba(Bi'ru Saba').

Bagaimanapun, aktivis-aktivis bersepakat pada saat-saat akhir tidak mahu menandatangani apa-apa dokumen Israel kerana dokumen tersebut mengandungi:

> Perakuan mengakui kesalahan melanggar undang-undang.
> Tidak akan mengulagi lagi perkara ini.
> Dan beberapa lagi.

Ada yang berkata, pada asal kami tidak mahu beredar dari sini selagi Israel tidak memberikan senarai nama aktivis yang menjadi mangsa pembunuhan, yang mengalami luka parah, cedera dan senarai aktivis-aktivis yang ditahan'.

Berhubung layanan ketika mereka ditangkap, beliau menyatakan, beliau tidak tahu tetapi yang menjadi tumpuan sekarang adalah dunia kena beri tekanan kepada Israel kerana masalah ini belum selesai. Sumber berita Al-Jazerah

02.55 petang, Mesir/Palestin : Penjajah halang para aktivis dari bertemu dengan peguam. Sumber web berita safa.ps

01.10 petang, Mesir/Palestin : Hanin Zo'bi, ahli parlimen Palestin salah seorang anggota Knesset(parlimen Israel) yang telah dibebaskan Israel, berkata 600 orang saksi kejadian rempuhan dan serangan Israel ke atas armada pembebasan. Sumber web berita safa.ps

01.09 petang, Mesir/Palestin : Salah seorang aktivis armada pembebasan menyatakan, kami tidak membawa senjata dan kami diserang tanpa apa-apa amaran.Sumber web berita safa.ps


Fakta pembunuhan : Menurut web berita era muslim, pembunuhan ke atas beberapa aktivis-aktivis telah dirancang dan menjadi sasaran Israel.

Fakta(bukti) tersebut diketahui setelah satu dokumen(gambar sebelah) terjatuh dari poket seorang tentera Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara. Di dalam kandungan dokumen tersebut, adanya senarai nama-nama aktivis yang harus dibunuh. Sumber eramuslim

01.37 petang, Mesir/Palestin : Sumber melaporkan, Mesir membuat keputusan untuk membuka sempadan Rafah bagi bantuan kemanusiaan. Sumber berita Al-Jazeerah

Menurut seorang wartawan Al-Jazeerah yang telah dibebaskan dan sekarang telah tiba di Brussel bahawa ketika disoal siasat oleh Israel, dia ditanya dengan kecenderungan ke arah mana-mana politik.

01.25 petang, Mesir/Palestin : Perdana Menteri Turki, Receip Tayyib Erdogan sedang menyampaikan ucapan dalam parlimen Turki sempena dengan penentangan Israel ke atas armada pembebasan.

Antara yang disebut oleh Perdana Menteri Turki dalam ucapannya:

> Pelayaran armada pembebasan ini mengikut undang-undang dan penentangan ke atasnya adalah menentang falsafah undang-undang Negara-negara bersatu.

> Sikap Kerajaan Israel telah menyakitkan Israel dan rakyatnya, malah sebelum itu ia telah menyakiti orang lain.

> Kami rasa dukacita dengan pembohongan Israel mengenai permulaan serangan itu.

> Israel tidak boleh menghalalkan darah sebagaimana yang telah dilakukannya di lautan medittreanean.

> "Jangan menjenguk ke dunia luar selagi tidak mahu memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukannya".

> Kami tidak mahu tawaran Israel yang merawat mangsa-mangsa serangan yang mengalami kecederaan dan luka parah akibat serangan itu, biar Turki yang merawat mereka.

Sumber berita Al-Jazeerah


Kira-kira 30 minit yang lalu, sumber melaporkan Receip Tayyib Erdogan, Perdana Menteri Turki mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanannya, Ketua Bahagian Perisikan Turki dan Komander Umum tentera Israel bagi membincangkan mengenai serangan Israel ke atas armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah

Gambar: Ehud Barak, Menteri Pertahanan Kerajaan Penjajah(Israel) berada di tengah-tengah memandang kepada Pegawai Tertinggi Tentera Israel, Ghabi Ashkenazi di kirinya. Berita semalam menyatakan, Ehud Barak memberikan arahan supaya menyerang armada pembebasan.

Perkembangan terkini, sumber melaporkan bahawa kapal-kapal akan dilepaskan. Mengenai aktivis-aktivis dan ahli parlimen yang menyertai armada pembebasan:

> 46 darinya telah dibebaskan dan beredar dari Israel melalui salah sebuah Lapangan Terbang Israel, dan sebahagian lagi masih menanti.
> 480 dibawa ke penjara Beer Sheeba, selatan Israel untuk tahanan. Sebahagian dari jumlah itu akan dibawa ke pengadilan dan sebahagian yang lain akan melalui beberapa proses pengadilan akan datang.

Adapun penduduk Palestin dalam garisan 1948 seperti Syeikh Raed Salah, Hasan Zaidan dan Hamad Abu Daibs di adili ke mahkamah yang berlainan, dan Hanin Zo'bi, anggota Knesset(parlimen Israel) dibebaskan kerana setelah diadili, status(kekebalan dari undang-undang) yang ada padanya. Sumber berita Al-Jazeerah


12.10 tengah malam, Mesir/Palestin : Presiden Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, Arafat Madhi Shukri berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat maklumat mengenai nasib aktivis-aktivis dan ahli parlimen armada pembebasan. Beliau menyatakan, 16 dari aktivis yang ditangkap telah dihantar ke penjara.

Gambar: Mavi Marmara ketika dikepung komando tentera laut Israel, unit 'komando 13'. 31/05/2010.

Pihaknya berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib kesemua aktivis armada pembebasan melalui peguam-peguam di Israel memandangkan pihak tentera tidak membenarkan penyebaran tentang maklumat nasib mereka yang ditangkap.


Beliau menjangkakan sama ada malam ini atau esok hari maklumat mengenai nasib aktivis-aktivis dan ahli parlimen yang diberkas Israel akan diketahui. Sumber berita Al-Jazeerah

Gambar: Saat-saat cemas ketika komando tentera laut memulakan operasi 'angin syurga', 31/05/2010.

12.05 tengah hari, Mesir/Palestin : Sumber dari web berita safa.ps melaporkan, sebuah helikopter bantuan Turki telah diterbangkan ke Negara Zionis pagi ini bagi mengambil mangsa-mangsa serangan(penduduk Turki) ke atas armada pembebasan.

Media Israel menyebut bahawa di antara 15 mangsa yang menjadi korban itu adalah penduduk Turki, dan jumlah yang cedera belum diketahui setakat ini.

Sumber turut melaporkan, lebih dari 16 yang menjadi mangsa korban dan 50 mengalami kecederaan, luka parah dalam serangan unit khas komando tentera laut Israel.

Berikutan serangan tersebut, dua bandar Turki, Istanbul dan Ankara dilanda tunjuk perasaan yang begitu sesak.

Menurut laporan-laporan berita, beberapa buah Negara Arab dan Eropah juga dilandatunjuk perasaan yang mengutuk tindakan zionis menyerang armada pembebasan. Sumber web berita safa.ps

Pada jam 11.50 malam, Mesir/Palestin[31/05/2010], Dr.Yusof Al-Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia menyatakan 'hari Jumaat akan datang adalah hari kemarahan sedunia'. Beliau berkata sedemikian adalah sebagai bantahan berhubung tindakan kejam Israel ke atas armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah

Singkap berita pagi semalam:

Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza ketika menyebut keputusan rasmi Kerajaan Palestin Gaza berhubung serangan ganas komando tentera laut Israel, meminta supaya menjadikan hari Isnin, 31 Mei 2010 adalah 'hari pembebasan' dinisbahkan kepada tindakan Israel yang memberkas kapal-kapal armada pembebasan.Sumber berita Al-Jazeerah
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 12:40:00 PM
Label: Berita






2 JUN 2010
Talian hayat dan menanti pembebasan
02 JUN 2010

09.27 malam, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah bahawa nasib sebahagian dari aktivis/sukarelawan masih tidak diketahui.Sumber web berita safa.ps

07.48 malam, Mesir/Palestin : Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza menyeru kepada Menteri-menteri Luar Arab agar datang Ke Semenanjung Gaza dan mengumumkan bahawa sekatan ke atas Gaza telah berakhir. Sumber web berita safa.ps

07.34 malam, Mesir/Palestin : Menurut Khalid Zubariqah, peguam kepada Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam 1948(garisan hijau) bahawa Pihak Berkuasa Israel telah memutuskan untuk membebaskan Syeikh Raed Salah pada jam 10 pagi, Khamis.

06.12 petang, Mesir/Palestin : Dalam persidangan khas parlimen Knesset(Israel), dilaporkan beberapa ahli parlimen Israel yang berhaluan kanan cuba menarik Hanin Zo'bi turun dari rostrum ucapan ketika sedang memberikan penjelasan mengenai serangan berdarah ke atas armada pembebasan. Beliau turut dihalang dari meneruskan ucapannya, malah dikecam keras anggota Knesset Yahudi dengan caci-maki, antaranya Hanin dituduh 'pengkhianat'.

Gambar: Seorang anggota Knesset Yahudi yang cuba menyerang Hanin Zo'bi(kanan) di rostrum.

Dalam perjumpaan khas itu, anggota-anggota Knesset Arab Palestin, Jamal Zuhaliqah dan Muhammad Barkah tidak dapat menyampaikan ucapan kerana cengkaman dan pemulauan dari anggota Knesset Yahudi yang menyifatkan 'pertubuhan bantuan kemanusiaan' dengan 'keganasan'.

Berikutan itu, mencetuskan ketegangan dan perdebatan berapi antara anggota Knesset Arab Palestin dengan Israel.

Demikian itu, beberapa anggota Knesset Yahudi, antaranya Silvan Shalom dan Yunal Hasun mendesak supaya Hanin Zo'bi dihalau ke Gaza, malah dilucutkan warganegara Israel.

Yunal menyatakan dia tidak mahu Zo'bi terus menetap di tanah jajahan 1948 tanpa diletakkan apa-apa syarat. Selain itu, Yunal juga meminta supaya lucutkan status diplomasi Hanin Zo'bi sebagai hukuman.

Hanin Zo'bi salah seorang yang menyertai armada pembebasan. Beliau ahli parlimen yang mewakili sebuah parti Arab Palestin di Israel, dan juga menganggotai parlimen Knesset. Baru-baru ini beliau dibebaskan serta-merta dari tahanan kerana status diplomasi. Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

06.09 petang, Mesir/Palestin(berita ringkas) : Sumber dari safa.ps melaporkan dari Israel pada waktu asar tadi bahawa Tel-Aviv telah memutuskan bagi memindahkan semua tawanan armada pembebasan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di utara tanah yang dijajah 1948.

Menurut radio Israel, jumlah aktivis/sukarelawan armada pembebasan yang dilepaskan pulang seramai 630. Dinyatakan, proses yang diambil bagi menyempurnakan urusan pelepasan dalam masa beberapa jam akan datang.

Menurut berita Al-Jazeerah bahawa ketetapan penjajah berhubung pelepasan aktivis/sukarelawan itu tanpa didakwa atau dihadapkan ke mahkamah.

Keputusan pelepasan itu berikutan dari tekanan antarabangsa ke atas Israel bagi membebaskan kesemua sukarelawan/aktivis setelah tindakan penjajah menjejaskan hubungan antara Israel dengan Turki malah juga hubungan Israel dengan masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun, penjajah masih menahan sukarelawan dari Palestin 1948 yang menyertai armada pembebasan, terutamanya Ketua Gerakan Islam dalam garisan hijau, Syeikh Raed Salah, dan Hanin zo'bi telah dibebaskan semalam. Sumber web beritasafa.ps dan berita Al-Jazeerah

Lagi berita terkini(ringkasan): Perdana Menteri Turki, Receip Tayyib Erdogan, dilaporkan akan bertemu dengan Amir Qatar, Syeikh Hamad Bin Khalifah II petang ini(waktu Turki) di Ankara, Turki.

Berikutan itu, pertemuan kedua-dua pihak ini setelah serangan berdarah ke atas armada pembebasan.

Sementara itu, Menteri Luar Turki, Ahmad Daud Oglo yang telah pulang ke Ankara selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Amerika di Washington mengungkapkan rasa hilang harap terhadap pendirian Amerika berhubung serangan Israel ke atas armada pembebasan yang mengakibatkan kematian dan luka parah.

Ketika perjumpaan di parlimen Turki semalam, Perdana Menteri Turki mendesak supaya Tel-Aviv membebaskan Gaza dari sekatan yang tidak berperikemanusiaan dengan segera.

Beliau bertegas Turki tetap memberi sokongan yang berterusan kepada penduduk Palestin, penduduk Gaza dan mencetuskan perdamaian di Timur Tengah.

Dari pihak Kementerian Luar Israel telah membuat keputusan dengan mengeluarkan kesemua diplomat-diplomat Israel dari Ankara dan Istanbul berikutan bantahan penduduk Turki ke atas serangan armada pembebasan. Sumber web berita Al-Jazeerah

03.24 petang, Mesir/Palestin - Kementerian Kesihatan Palestin Gaza berkata, Pihak Keamanan Mesir tidak membenarkan Menteri Kesihatan Gaza, Basem Nuaim berlepas keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah, Gaza-Mesir.

Kementerian tersebut menjelaskan bahawa Menteri Kesihatan, Basem Nuaim salah seorang peserta dalam Persidangan Akademik yang diadakan buat pertama kali antara Algeria dan Jordan.

Dinyatakan, ini adalah kali kedua beliau dihalang melintasi sempadan Rafah Mesir, dan sebab tidak diketahui. Sumber web berita safa.ps

Semalam, Presiden Mesir, Housni Mubarak memutuskan supaya sempadan Rafah Mesir-Gaza dibuka bagi bantuan kemanusiaan.


10.32 pagi, Makkah : Menteri-menteri Luar Arab telah mengadakan perjumpaan pada hari ini di Kaherah, Mesir. Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai serangan Israel ke atas armada pembebasan. Sebagaimana dinyatakan, perjumpaan ini adalah rentetan daripada perjumpaan tergempar wakil-wakil Liga Arab semalam.

Turut serta dalam pertemuan semalam adalah duta Turki setelah Liga Arab bersetuju menjemput Turki sebagai hubungan kerjasama mengenai permasalahan yang berlaku sekarang ini.

Wakil Syria, Yusof Ahmad semalam membuat tiga tuntutan kepada Liga Arab:

1) Bebaskan Gaza dari sekatan.
2) Hentikan rundingan secara tidak langsung dengan Israel.
3) Hentikan segala bentuk perhubungan yang dijalankan dengan Israel.

Wakil Turki pula semalam, menjelaskan pada pandangannnya bahawa apa yang berlaku(serangan berdarah ke atas armada pembebasan) adalah menentang undang-undang antarabangsa kerana kapal-kapal yang diserang itu membawa bantuan kemanusiaan.

Rentetan dari tuntutan Syria yang mendesak sedemikian, Majlis Al-Umma Kuwait telah menarik diri dari inisiatif perdamaian Arab. Sumber web berita Al-Jazeerah


06.20 pagi, Mesir/Palestin : Penantian hampir 10 jam di jambatan Raja Hussien, akhirnya tiba sejumlah aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan Israel dengan menaiki tiga buah bas.

Gambar: Seorang warga tua yang merupakan sukarelawan 'armada pembebasan'. Orang kedua ditemuramah wartawan ketika tiba di Jambatan Raja Hussien yang menghubungkan antara Tebing Barat(Palestin)-Jordan. Beliau melaungkan sebanyak tiga kali, 'kami tetap akan datang semula'.

Setelah tiba, beberapa sukarelawan terus memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku di perairan antarabangsa ketikamana mereka diserang unit komando tentera laut Israel.

Menurut Osman Al-Batiri, salah seorang wartawan Al-Jazeerah yang dibebaskan menceritakan keadaan semasa mereka diserang. Dinyatakan, kapal Mavi Marmara dikepung 10 buah bot(bot laju dan kapal perang)perang Israel, dan sekitar 100 anggota tentera Israel yang terlibat dalam operasi 'angin syurga'. Pada mulanya, mereka(aktivis) menentang dan mempertahankan kapal dari di rampas, bagaimanapun, tiba helikopter Israel dengan menurunkan tentera-tentera Israel dan berlaku pergelutan. Ketika itu, tentera Israel melepaskan gas pemedih mata.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Israel bahawa sukarelawan mahupun aktivis menyerang tentera-tentera Israel dengan senjata, beliau menafikan sedemikian malah berkata, apa yang dikatakan Israel berita bohong dan tidak benar. Para aktivis tidak membawa apa-apa senjata sebagaimana yang didakwa.

Menurut Ketua Biskop(kristian) yang mengikuti armada pembebasan menyatakan, perjalanan kami ke Gaza adalah misi kemanusiaan dan tidak ada kaitan dengan politi. Katanya lagi, Israel bersikap seperti tidak bermoral.

Aktivis ditembak

Berhubung tentera Israel menembak aktivis armada pembebasan, wartawan Al-Jazeerah berkata, dia menyaksikan sendiri beberapa yang terkorban ditembak tentera Israel dengan peluru hidup.

Salah seorang aktivis ditembak dibahagian dada, darah memercik keluar. Dan seorang lagi ditembak dibahagian kepala, dipercayai dilakukan oleh penembak tepat.

Pergelutan bertambah sengit apabila para aktivis mempertahankan kabin kapten kapal dari dipecah masuk tentera-tentera Israel. Ketika itu, bunyi tembakan dari tentera Israel.

Seorang dari sukarelawan wanita, Wasimah Salleh yang juga wakil media(Al-Jazeerah.net) berkata, pada jam 10.30 malam(30/05/2010), jaringan internet telah terputus dan menyukarkan kerjanya untuk menyampaikan maklumat.

Tentang kejadian serangan tentera Israel, dia juga menyaksikan beberapa orang sukarelawan ditembak tentera Israel. Jelas Saimah, majoriti yang terkorban ditembak di bahagian kepala dan perut.

Tiba di pelabuhan Ushdud(Ashdud), Israel

Wartawan, Osman Al-Batiri berkata, mereka tiba di pelabuhan Ushdud dalam jam 7.00 petang, Palestin.

Tentang soal siasat, beliau hanya ditanyakan soalan..mengapa datang ke sini? dan kenapa mahu ke Gaza yang merupakan zon tentera?

Sehubungan dengan itu, dari kalangan aktivis/sukarelawan juga disoal siasat oleh anggota Shabak, iaitu Israel Security Agency (ISA) atau Shin Bet. Lihat wikipedia Shin Bet.

Barang peribadi dicuri

Menurut beberapa aktivis/sukarelawan dari Jordan dan beberapa lagi yang telah dibebaskan itu, menceritakan barang-barang peribadi milik mereka seperti kamera, handset, video rakaman, duit dan seumpamanya telah dicuri oleh tentera Israel.

Laporan ini adalah sebahagian yang sempat dicatat. Dan maklumat mengenai aktivis/sukarelawan Malaysia, pihak kami belum dapat lagi.

04.57 pagi, Mesir/Palestin[09.57 pagi Malaysia] : Menurut akhbar AFP, Nicaragua telah mengeluarkan ketetapan bagi memutuskan hubungan diplomasi dengan Israel.Sumber berita Al-Jazeerah

03.55 pagi, Mesir/Palestin : Sekali lagi, laporan dari wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah dari jambatan Raja Hussien menyatakan aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan belum lagi muncul di jambatan itu.

Wartawan Al-Jazeerah itu menyatakan, kesemua yang akan tiba di jambatan itu berjumlah 124(jumlah terkini) aktivis/sukarelawan.

Berhubung dengan delegasi aktivis Algeria yang mengikuti armada pembebasan kesemuanya berjumlah 32 orang yang terdiri dari kalangan ahli parlimen, ahli perniagaan dan media.

Bagaimanapun, menurut agensi berita AFP, pada petang semalam(Selasa), jumlah delegasi aktivis dari Algeria yang akan dibebaskan berjumlah 28 orang mengikut perangkaan dari tentera penjajah, maka nasib dari empat sukarelawan Algeria tidak diketahui.

Sebelum itu, dijelaskan, empat sukarelawan Algeria yang diberkas Israel, iaitu dari gerakan (حزب حركة مجتمع السلم الجزائرية) atau ringkasannya حمس.


Gerakan tersebut tidak dinyatakan sebab penjajah masih memberkas empat sukarelawan itu sedangkan warga Algeria yang lain telah ditetapkan 'bebas', namun dijelaskan nama gerakan itu hampir sama dengan gerakan HAMAS - حركة المقاومة الإسلامية - حماس.

Wartawan Al-Jazeerah turut memaklumkan bahawa jarak perjalanan dari penjara Beer Sheeba(Bi'r Sab'a) ke jambatan itu mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit, namun penantian di sini telah mengambil masa selama 5-8 jam dari makluman yang disampaikan kepada kedutaan Jordan di Tel-Aviv. Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah(04.34 pagi, Makkah)


02.55 pagi, Mesir/Palestin : Sebagaimana dilaporkan pada malam tadi, Israel akan membebaskan 120 aktivis/sukarelawan dan dijangkakan akan tiba jambatan Raja Hussien yang menghubungi Tebing Barat(Palestin) dengan Jordan. Dinyatakan, 120 yang dibebaskan itu dari Negara-negara yang tidak ada hubungan diplomasi dengan Israel.

Gambar: Kapal '8000' ketika ditawan lanun zionis setelah tragedi berdarah pada pagi 31/05/2010 di perairan antarabangsa, laut medittreanean.

Wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah melaporkan sebentar tadi bahawa aktivis-aktivis yang telah dilepaskan penjajah belum tiba lagi di jambatan tersebut.

Mengulas tentang keadaan di jambatan tersebut, wartawan menjelaskan di sini penantian aktivis disambut secara rasmi, wakil-wakil kedutaan, NGO-NGO dan wakil media dari peringkat antarabangsa dan tempatan telah berada di situ sekitar 5-8 jam yang lalu.

Dimaklumkan, setibanya aktivis-aktivis di jambatan tersebut, aktivis dari Kuwait akan berlepas pulang segera ke Kuwait, dan aktivis yang berwarganegara Jordan juga sedemikian, manakala lain-lain warganegara seperti, Indonesia, Mauritania, Yaman, Algeria, Pakistan, dan beberapa buah lagi Negara Arab akan menetap sementara di hotel Amman.

Setakat ini, MAP belum menemui apa-apa sumber berita mengenai aktivis/sukarelawan dari Malaysia mengenai pembebasan di pagi ini.

Menurut sumber lagi, kemungkinan aktivis yang telah dilepaskan penjajah akan tiba dalam masa beberapa jam lagi. Sumber berita Al-Jazeerah

02.07 pagi, Mesir/Palestin : Web berita safa.ps menyiarkan satu laporan mengenai ucapan Presiden Israel, Shimon Peres(gambar), link wikipedia Shimon Peres.


Peres ketika menyampaikan ucapan di universiti Haifa semalam(petang Selasa), utara Palestin(tanah yang dirampas Israel) menyifatkan tindakan(operasi) komander tentera laut Israel ke atas armada pembebasan sebagai 'wira dan boleh dibanggakan malah boleh diteladani semua pihak'.

Shimon menyatakan bangga dengan tentera-tentera Israel yang rela menerima kepedihan dari orang lain yang bakal menerima kepedihan itu.

Mengulas tentang mangsa-mangsa serangan tentera penjajah yang terkorban dan mengalami luka parah, Perez berkata, 'mana-mana tentera di dunia akan melepaskan tembakan dari senjata yang mereka galas ketika keadaan yang penuh sangsi'. Sumber web berita safa.ps

Namun, menurut Hanin Zo'bi salah seorang ahli parlimen yang mengikuti armada pembebasan dan telah dibebaskan Israel, menjelaskan kapal armada pembebasan mula diserang bot-bot perang Israel dalam masa 10-12 minit, kemudian tiba helikopter Israel menurunkan komander tentera laut penjajah ke atas kapal Mavi Marmara. Sumber berita Al-Jazeerah, jam 03.13 petang, Mesir/Palestin(berita semalam, 01/06/2010)
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 3:56:00 PM
Label: Berita





3 JUN 2010
Pembebasan yang diancam
03 JUN 2010

08.25 pagi, Mesir/Palestin : Dilaporkan semalam bahawa Pihak Berkuasa Israel akan membebaskan delegasi sukarelawan armada pembebasan dari Palestin 1948, Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam 1948, Muhammad Zaidan(رئيس لجنة المتابعة العربية لعرب 48), Hamad Abu Daibs(عضو اللجنة) dan Lebna Musarawah salah seorang aktivis hak asasi.

Bagaimanapun, pembebasan empat sukarelawan Palestin itu tidak pasti sama ada dengan jaminan atau syarat lain.

Menurut berita Al-Jazeerah sebentar tadi Israel belum membebaskan kesemua delegasi Palestin 1948. Sementara itu, pasukan peguam Palestin menyifatkan cara tahanan dan siasatan ke atas mereka dari awal hingga akhir tidak bersandarkan undang-undang.

Laporan wartawan Al-Jazeerah dari penjara Israel di bandar Askalan(Ashkelon) tempat tahanan empat sukarelawan Palestin yang dikerumuni polis-polis dan badan perisikan Israel bagi menghalang rempuhan pelampau Yahudi.

Sebentar tadi, sekumpulan pelampau Yahudi, seorang darinya telah mencerca Nabi Muhammad SAW. Lantas, polis Israel menghalau pelampau itu.

Di hadapan bangunan penjara Askalan, langkah keselamatan turut diperketatkan kemungkinan berlaku pertempuran selepas pembebasan Syeikh Raed Salah dan sukarelawan Palestin yang lain.

Palestin yang ditangkap atas tuduhan, antaranya:

> Menggunakan senjata.
> Cuba memasuki zon tentera(kawasan tertutup di bawah kuasa tentera).
> Penduduk Negara Israel yang cuba memasuki Gaza(Status Palestin yang ditangkap adalah warganegara Israel) iaitu kawasan yang dilarang bagi penduduk Israel.
> Menimbulkan bahaya kepada keamanan Israel.
> Bersekongkol dengan jenayah berikutan konvoi armada pembebasan yang menyalahi undang-undang.
> Dan beberapa lagi tuduhan. Sehingga kini, perkara yang berkait belum jelas. Sumber berita Al-Jazeerah

06.35 pagi, Makkah(berita ringkas) : Tiga buah pesawat Turki yang membawa 466 aktivis/sukarelawan telah mendarat di bandar Istanbul, Turki termasuk 9 jenazah sukarelawan Turki yang dibunuh komander tentera laut Israel dalam serangan ke atas armada pembebasan.

Ketibaan mereka disambut secara rasmi dan gilang-gemilang. Setibanya mereka dipintu ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, mereka terus mengkritik dan mengutuk keras Israel dan Amerika Syarikat. Sebagaimana disebutkan, mereka dilayan dengan buruk oleh Israel. Sumber web berita Al-Jazeerah

Sukarelawan Malaysia:
> 24 jam rasai azab Palestin
> Israel bebas 12 sukarelawan kita

Berita Semalam, Majlis Hak Asasi Manusia mengutuk keras serangan Israel ke atas armada pembebasan.

Majlis Hak Asasi Manusia Antarabangsa itu juga telah mengeluarkan ketetapan bagi mengadakan siasatan antarabangsa berhubung serangan berdarah terhadap armada pembebasan. Ketetapan tersebut disepakati 37 buah Negara anggota Majlis Hak Asasi asal dari 47 buah dan tiga buah Negara lagi membantah ketetapan itu, terutamanya Amerika Syarikat. Manakala, beberapa buah Negara yang lain ada yang tidak dibenarkan menyetujui dan membantah.

Berikutan itu, Presiden Venezuela, Hugo Chávez mengutuk Amerika Syarikat seolah-olah menyokong tindakan Israel. Sumber berita Al-Jazeerah

Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 9:15:00 AM , 0 ulasan
Label: Berita

Saturday, December 26, 2009

10 Muharram

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram : - Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. - Diterima taubat Nabi Adam a.s. - Dicipta Adam a.s. - Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. - Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. - Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. - Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud. - Selamat Nabi Musa dan pengikutnya. - Firaun lemas. - Dilahirkan Nabi Isa a.s. - Diangkat Nabi Isa ke langit. - Diangkat Nabi Idris ke langit. - Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. - Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. - Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. - Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta. - Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.

Wednesday, December 16, 2009

memories at kem tahfiz anak soleh


Assalamualaikum….

Dah lamaa sgt xupdate blog nie..nampaknye..kena pkai broadbandlaa baru lajuu ckit nak menulis.. ye idak? (^_^) Dengan ‘to do list’ yang selaluu penuh..huhu…tapi..tido..tido jugak..hehee (^_^)

Minggu lepas jadualku penuh dengan schedule pegi ke MTT..walaupun start pukul 8-12..xkan nak pergi skolah start pukul 8, balik tepat2 kul 12 kan? MTT ade buat program KEM TAHFIZ ANAK SOLEH-5..nie rasanye macam dah jadi program wajib kut tiap2 tahun…aku suke jadi guru tahfiz nie pun bukannye ape..selain daripada mengharap mardhatillah & pahala..aku juge suka mempedajalkan adik2 student ku ini..hehee (^_^)

Bayani..fatin..aqilah..ira..athirah..amirah..arifah..yanie..suhaila..izz..afiqah…mereka semua dah menjadi saksi kekejamanku keatas mereka..muahaha..(^_^) tu lah..sapaa suruh tak dengar cakap..hehee..tapi…aku cukup saaayangg kat depa..pasal majoritinye buat ape yg aku mintak depa buat..buku mengulang pun slalu penuh..its better to aim for quality than quantity coz depa bukan hafal quran sepenuh masa..so..time yg dah di fix kan utk depa menghafal..baik digunakan bersungguh2x..kalau tak..akuuu jugak yg dipertanggungjawabkan nanti kalau depa tak ingat balik hafalan di hari muka..huhuu..tidakkkk!!!! (T_T)


So..as a prevention step..by hook or by crook..they’re obligated to fill in all the murajaah box..adelaa dalam 20 kotak je..bukan susah pun..kalau xsiap..kenalaa berdiri atas kerusi sambil mengaji..hehee..denda favourite..time murajaah..main tekak tekuk hafalan..makin takleh jawab..makin bertambahler pangkat dari berdiri ke kerusi..takleh jugak..ke meja..hehee..(^_^)

Ape2hal pun..i’m really satisfied with this programme..also..lots of thanks to my beloved assistant..maizatul akmal cz die banyak jaga adik2 studentku masa aku takder..aku doakan semoga application dia nak masuk U diterima tahun depan cz she’s such a good girl..and cute also..hehee..(^_^)

Ok then..last words..sayonara.. & assalamualaikum w.b.t (^_^)

Tuesday, June 30, 2009

Untukmu Palestin...

salam...

Alhamdulillah..abah dah pulang ke pangkuan kami 3 hari lepas...ada sebuah cerita pengembaraan abah yang saya rasa agak interesting untuk dikongsikan...tentang kisah usaha Yayasan Amal untuk menyalurkan bantuan dari Wisma Putera dan orang ramai yang telah menghulurkan sumbangan untuk Ghazzah, Palestine...


Antara pengalaman yang agak menyakitkan hati adalah keengganan kerajaan Mesir untuk membenarkan sebarang bantuan untuk disalurkan kepada Ghaza..abah telah pecahkan kumpulan mereka kepada dua. abah bersama Mejar Azlan (rasenye), dr suhazeli dan pakcik zaman bersama kumpulan2 NGO lain melalui bas cuba untuk memasuki sempadan Palestine. menurut pakcik Zaman, setiap 200 meter akan ada sekatan jalan atau pos2 pengawal siap berguni2 pasir dan bersenjata. dan para pengawal akan menyekat orang asal mesir dari memasuki kawasan sempadan. (tetapi mereka membenarkan tourist untuk masuk-antara sumber kewangan utama mesir-)
Abah on the other side, cuba untuk berhubung dengan pihak NGO Palestine yang legal untuk cuba membuat perjanjian untuk menyalurkan bantuan kepada mereka. rupanya..SB (Special Branch) dah detect pergerakan abah dr airport dan mengekori abah. menurut Angah, SB nie adalah digelar Amnussiasi yang digovern directly under Presiden Mesir. mereka adalah kuasa terbesar di mesir dan pangkat yang terbesar adalah pangkat mereka.

Back to the story, setibanya abah di Rafah (or Arish?-nanti saya betulkan balik). rupa2nya..hotel yang abah diami dah surronded by dozens of SB's..adalah dalam 20 ke 30 group SB...ummm..macamana agaknye nak teruskan usaha nie?amanah yang dipikul terpaksa jua dilakukan..segala dokumen dan persediaan lain telah diselesaikan dengan pihak kedutaan Malaysia di Mesir..nampaknya..terpaksa juga keluar dari hotel untuk meninjau keadaan dahulu..mejar Azlan dan Pakcik Zaman turun dahulu dan melangkah ke restoran berhampiran dan pergerakan mereke terus diekori oleh dua orang SB terus kedalam restoran. hehee..abah dah intai tengok depa dari atas hotel..ohoooo...suka2 hatii aje ikut orang erkk..dahla masuk restoran bukan nak order pun..dudukkkk aje tenung perhati mejar Azlan yang dah pun menempah makanan untuk empat orang..kalau ye pun SB..pandai2laaa cover sikitt..pakaila spek mata hitam ke..buat2 jeling aje ke..hehee.. :p

Bila dah pasti tentang keadaan di bawah, abah dan pakcik zaman mulai turun dari hotel dan melalui jalan yang lain dan contact mejar mengatakan mereka akan makan di restoran lain..muahaha...SB tu rupanya tak perasan yang ada dua orangg lagi kat dalam hotel..:P terpaksalaa mejar makan berdua aje ngan dr suhazeli..dahla banyak lak tu..tapau laa..ape lagi :)) mejar ngan dr suhazeli pun ade gak plan nak kenakan SB nie..hehee..macam2..:P lepas makan tu.....


* nanti saya sambung lagi cite nie..nak kena settlekan urusan kedai..kang tak pasal2 aje kena marah ngan big lady boss..heheee..:p
*gambar akan diuploadkan next time sebab banyak kali attempt upload nie gagal...nape tah..:(

Tuesday, June 16, 2009

life...


Salam..:)

Hmm..i think that my 2 months semester break ends in a flash..huhuu..lots of going here and there..everyday working like hell..huhuu..lots of things happening lately..went to the muktamar in selangor..perrgghh..lovee the gimic of dissolving the perak’s Dun..BUBAQ BUBAQ! BUBAQ DUN PERAK!! HEHEE..my cam got a lil bit prob, thus, I cant snap those precious moments..huhuu..plus..theres anor thing made me sooooo frustrated..i missed my chance to buy the most beautiful purple jubah..huhuuu…I nearly cried frustrated..huhuuu..and I still missed those jubah..i swear I’ll find exactly the same one one day..or..just ask my dear ifah to find it for me..hehee..:P


One good news that made me happy is that my application for zakat from MAIDAM was approved..alhamdulillahh…I hope its enough for me to pay the cost of 2 sems left in UDM..furthermore..it gives me a wide chance to buy a new laptop to replace the broken one because of the accident..im still thinking which one is the best..the most top priority in my list now is the mini dell.. hmm..looks quite good but it doesn’t have cd or dvd player in it..i need those bcz I’ll also wanted to burn some cd n dvds..hmm..still unsure..

Anyway..abah will start his journey to Palestine today..i cant accompany ummi to the airport cz I have a class at 3..hope everything is going well..aminn..:)